Wednesday 2 July 2014

SELANGOR UMUM BONUS SEBULAN GAJI SEMPENA AIDILFITRI


Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengumumkan pemberian Sebulan Bonus kepada kakitangan kerajaan negeri bersempena dengan Aidilfitri dan bonus tahunan. 

Seperti tahun lepas, Selangor mendahului negeri-negeri lain dalam pengumuman pemberian bonus Aidilfitri.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dilaporkan berkata :
 "Exco negeri bersetuju beri bonus sebulan gaji ikut tempoh perkhidmatan bertarikh 31 Jun ini, sejumlah RM32.7 juta diperuntukkan bagi tujuan pemberian bonus ini.
"Keputusan ini dibuat kerana laporan kewangan negeri menunjukkan pertumbuhan kutipan hasil meningkat dari tahun 2013 sehingga 30 Jun 2014," 

Komen aku:
Untunglah kakitangan Selangor, dah boleh berkira-kira lah untuk sambutan Aidilfitri kali ni. Sekarang kita nantikan pengumuman dari Kerajaan Pusat dan Kerajaan negeri-negeri yang lain. Adakah mereka akan mendapat sebulan gaji atau separuh bulan gaji atau hanya bantuan Hari Raya RM500.

Apa-apa pun, kerajaan tetaplah akan membantu kakitangan mereka dalam meringankan beban untuk menyambut Hari segala Raya ni kan. Sebagai seorang bekas kakitangan yang pernah bekerja dengan kerajaan, sikit ke banyak ke aku tetap excited bila dapat duit bonus raya dulu. Cuma biasalah, manusia mane penah puas. Hehehe. 

Selamat menunggu pengumuman bonus. UNTUNGLAH SELANGORRRR..... Kbye.

Update:

Kerajaan Persekutuan Umum Bantuan Hari Raya RM500 kepada semua kakitangan dan RM250 kepada pesara. 


P/s: Yang dapat Rm500 tu jangan nak jeles2 makan hati kedaung bagai dengan Selangor. Kbye.

Sumber: Sinar Harian.

No comments:

Post a Comment