Thursday 3 July 2014

KAD RAYA - PUPUS DI TELAN INTERNET

Gambar disedut secara rawak dari Internet.

Entry kali ni bukan untuk membuat karangan autobiografi Aku Sekeping Kad Raya yang dicetak dengan material yang berlil-lap bagai, siap dengan alunan muzik Selamat Hari Raya Saloma dengan menggunakan bateri bulat yang biasa digunakan untuk jam tangan dan dijual di outlet Memori Lane dengan harga yang premium dan di beli oleh seorang budak perempuan untuk dipos kepada boyfriend yang dia jumpa hari-hari kat sekolah serta ditambah dengan 'pantun pecah kaca pecah gelas' lalu digantung di ruang tamu untuk tatapan tetamu di Hari Raya sebab bila Gf datang beraya and tak nampak kad raya berlagu yang dia bagi tu, Mohon Clash serta merta akan berkuatkuasa time tu jugak. Bukan bukan bukan. Itu adalah cliche dan poyo. 

Apa yang nak dikongsi disini adalah berkenaan rasa sedih, sayu dan pilu aku bila salah satu budaya dalam menambah kemeriahan sambutan Hari Raya telah pun pupus di telan internet. Actually takde la pupus sangat. Aku saje mengkiah propa kau. Yang hantar kad-kad raya pun sekarang macam company, organisasi, habib jewel, Adun2, pusat zakat dan yg seumpananya sahaja. (Ye, pusat zakat ada bagi kad raya kalau korg ada buat potongan zakat tiap2 bulan kt pusat tu. Dan kad raya dorg makin tahun makin cantik kauuu. Yelah, duit da makin banyak. Kena la tunjuk mana duit tu pegi kan.) 

Boleh korang ingat, bila kali terakhir korang hantar dan terima kad raya dari member2 atau sepupu sepapat korang? Tahun ni? Tahun lepas? atau time korang belum period lagi? ehh..Apa perasaan korang time tu bile posmen datang depan rumah, hantar surat, tengok2 ada nama korg, dan ia adalah kad raya dari member2? Mesti korang happy melonjak terkembang-kembang hidung dan segala macam kan time tu? 

Aku ingat lagi masa muda2 dulu (ehh..still muda lagi la sekarang hawau), kad raya paling banyak aku dapat was 60++.Haaaa..jangan main2. 60++ tau. Kau ade. Humak aiiii. Bangga gila time tu. Rasa macam retis raya aku tahun tu. Yang bagi muzik, aku balas muzik. Kad akan dibalas berdasarkan harga yang tertera dibelakang hujung bawah kad. Ye, perangai aku memang kedekut gile chim peng time tu. Berkira uols.

Lepas tu, time malam raya, zasss....cari port paling sesuai untuk gantung kad raya. Korang ada buat lagi tak? Mesti korang da tak kuasakan. Pernah, aku cari ranting kayu, cat cantik2, siap lampu lip lap, letak dalam pasu, gantung kad raya kat situ. Time tu sebab feeling, aku letak luar rumah. Bagi 1 kampung tahu kad raya aku banyak. Zaman tu aku tak tau makna riak lagi. Kau rasa?

Budak2 sekarang mana ada merasa benda tu. Dorang pon mungkin ingat nak hantar kad raya tu macam poyo je kan. Nak beli stem satu hal. Makcik2 kat pejabat pos pulak muke ketat semacam macam kena tinggal laki (Sorry, jangan feeling lebih. Ni aku cakap makcik2 yang keje pejabat pos kat Afrika), baik upload kt FB je lepas tu tag ramai2. Lepas tu tott tett tott tett notification korg masuk malam raya tu. Tapi tulah, tag banyak mane pon kt FB, RT banyak mana pon kat Twitter, feeling dia tak sama macam kau dapat kad raya real dari tangan posmen yang hantar kat rumah kau tau. 

Sumpah, sekarang ni, kalau ada member2 aku pos kad raya kat aku, sumpah, memang berjurai airmata aku bukak kad tu. Memang aku peluk cium kad tu walau pun kad tu harga dia lagi murah dari kuih buah melaka tapi takde gula melaka dalam kuih tu yang di beli dari salah sebuah bazaar ramadhan dekat KL. 

Haa..panjang bebel tak guna. Aku puasa. So, aku dengan ini, dengan berat duit, nak lah kembalikan kemeriahan Hari Raya korang dengan meng'offer', sape2 nak dapat kad raya, nak feeling baca pantun 'pecah kaca pecah gelas' secara live dalam kad raya, sila bagi alamat korang. Aku akan cuba sebaik mungkin untuk pos kad raya tu and make sure korang dapat sebelum raya. Aku cuba. Katanyeehhhhhh.

Sekian, ok bye.

Hari ni takde p/s sebab takde orang aku nak sindir. apoooooo.


 

 

No comments:

Post a Comment