Sunday 3 April 2011

My Sunday wasn't an Extraordinary yet a Typical. (3/4/11)

Orang kata, bangun pagi ni rezeki murah??betul ke??hahaha...

Y'day, woke up early in the morning (around 8++ ,errr.pagi ke?hahaha...)(yee...smlm ter'skip smayang subo..huhu). Bangun2 je, macam biasa la, laptop memang da ade depan mata (sebab hari2 pon aku memang tido depan laptop). As usual, the 1st website mesti la facebook, orang lain pun sama gak kan...hahaha..
But, sambil2 bukak facebook tu sambil2 sekali baca latest news thru web. Since sekarang semua orang sedang beralih tumpuan pada pilihanraya Sarawak, so aku pun ringan jugak nak amek tau. MalaysiaKini wajib la. Sebab lepas baca berita, siap boleh komen2 lagi. Pastu boleh bantai baca komen antara 2 puak. Kadang2 baca tu kelakar pun ada. Kalau korang minat politik, baca ler. Tapi kalau nak komen tu, gunakan akal yang terletak dikepala ye, bukan akal kepala lutut. oppsss..

Pastu macam biasa, skodeng blog orang. hehe.. tengah2 skodeng tu, jumpe la satu link ni. TV3 Malaysia live streaming. Wah, best ni. Masa tu dalam pukul 12. Teringat lak boleh aku tengok Melodi yang dah bertahun-tahun aku tak tengok. Sebelum tu, aku tengok Jalan2 Cari Makan. Wah, da ade pengacara baru. Mamat mane ntah, aku pon tak kenal. Bercakap pasal Jalan2 Cari Makan ni, aku nak komen 1 benda. Tapi bukan entry yang ni la. aku buat dlm entry akan datang, khas utk cecite makan2 ni k. Berbalik pasal tv,  bukan apa, tv kat uma aku tu da rosak. Da humban da pon, so kat rumah da takde tv da. So apa je rancangan kat tv memang aku tak tengok pon. Aku pulak jenis takde heran la kalau tak tengok tv pon. Takde mati nye teman kalau tak nengok tb tu ha. kah kah kah..

Dok tengah layan Melodi ni, skali ade pulak orang call. Cis cis cis.. Sape pulak yang call ari Ahad cam ni. Number tak kenal, angkat jek, owh, sorg budak Mascom ni, nak mintak tolong hantarkan barang2 dorg g Dataran Pahlawan sempena event Youth Media Carnival. Van yang angkut barang2 dorg broke down tengah jalan. Haish, alahaii..malasnya aku. Da la panas, jauh pulak tu nak ke Melaka. Dengan jam nya lagi ari2 Ahad ni. Yela, sebab takde la knal sgt budak ni. Suam-suam kuku jek. Tapi, pikir2 kesian lak. Kalau ade org nak tolong, mesti la dia tak call aku, ye tak. So, aku pon call la si Farhan mintak tolong teman kan aku sekali. Tunggu si Farhan ni siap, mak aii..dari cite Melodi ke Buletin 130. Sampai aku tengok NONA sikit. Mascom's tu mesti da peluh-peluh ketiak agaknya tunggu aku tak sampai-sampai. hahaha. 
So dalam pukul 2 lebih tu aku gerak la dari rumah. pergi amek budak tu, barang2 dia, then hantar la tros ke Dataran Pahlawan tu. Since die pon pelawa suro melawat event die, aku pon parking la kereta. Yang bestnya, ari2 Ahad yang sesak aku dapat parking betul2 kat depan tangga nak naik DP tu. Rezeki. So aku pusing2 je la event tu sebab takde benda pon aku nak cari. Lagipun, tahap panas dia, masyallah, macam kat padang masyar. Tak menahan tu. erk. Tengah2 jalan kat satu booth tu, adalah dorg buat soalan2 kuiz. Tak pasal2, girl yg handle that quiz tros ajak aku join kuiz tu, and jawab 1 soalan mudah, dapat hadiah. So, aku pon join je la. Booth tu berkaitan dengan Kitar Semula. Soalan dia, tong oren untuk barang ape? Ha, amek kau. kalau dia tanya kaler2 tong kitar semula, aku boleh la jawab. kot. Sekali tanya tong oren untuk kitar barang ape. Aku tengok Farhan, dia tengok aku balik. Maen sengih2 gelak2 je la aku. Sampai la that girl kasi la clue sikit. hehe.. Aku tros menjawabnya dengan pantas. Tong oren tu untuk barang Botol minuman dan Tin aluminium (farhan pon membantu jugak bagi 1 jawapan). hahaha.. Saya menang hamper. Boleh? Tak pasal2 aku dapat hamper semalam. So maknanya time to go home.   




                  (gambar curi dari Profesor Iszaid..hehe..sori bro..camera aku Ah Pong pinjam)
Time nak balik tu, singgah la Melaka Central. Si Farhan ni kononnya nak balik umah kakak dia kat Shah Alam. Sekali takde tiket. Balik la rumah terus. Aku punya kebulur tak makan ape, kena pulak mamat ni tak nak singgah mane2, emo takde tiket nak g Shah Alam. Sabau je la..haha.. Singgah kedai runcit depan uma, beli tuna spread dengan roti, buat sandwich. Datang pulak Apar. Ajak pergi pasar malam Masjid Tanah pulak. Malasnyeeeeeeee, tapi best jugak idea die. So, abeskan sanwich, semayang asar, tros gerak g pasar malam. yayy.. Seronoknya pasal malam. Macam2 ada. Korang pon tau kan pasar malam. It is a 1 stop center for once a week yang menawarkan barang dengan harga yang sangat murah dan macam2 barang ada. Dah macam hypermarket da pasar malam ni. Cume dia takde aircond and open air. Sejam setengah jugak abeskan masa kat pasar malam ni. hehe..

Balik ruma pukul 8, ada banyak masa lagi nat tunggu kan Anugerah Bintang Popular BH. Sambil mentakedarah sambil tunggu ABPBH. Tengok pun melalui Live Streaming kt internet. (See,xyah ade tv pon still blh tgk the show..sbb tu la aku malas nk beli tv..huhu..) ABP tahun ni sederhana jek. Takde yang luar biasa pun. Pengacara je yang best. Penyampai2 trofi ramai yang buat lawak tak menjadi. Kemuncak lawak malam tadi masa nak umumkan pemenang Bintang Paling Popular. Kemunculan character dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah - Usop 'wilcha' dan Abu Hurairah- memang menonggang terbalikkan kemuncak ABPBH smlm. Macam hawau aku gelak semalam. Agaknya orang2 dalam Arena Of Stars mesti sampai terbit air mata ketawa agaknya.. Ke'over'an Shablabla Sam (xtaw nak eja name die) pon boleh dimaafkan la sebab yela, ntah bila lagi nak naek pegang trofi utama kan. Ucapan paling diingati, terima kasih pada Datuk Siti sebab tarik diri..hahaha..hebat btol aura Siti..haha.. Kemenangan yang dipertikaikan dalam posting2 di wall fb is Fasha Sandha. Peliknya la hai. Dia menang sebab orang undi dia, so tak payah la nak pertikai2 lagi. Yang pertikai tu ntah undi ntah tidak. Tahun ni aku tak undi sebab artis aku da tarik diri..hehehe.ngeee~~ Tahniah juga untuk Yuna, artis wanita pertama yang menggondol Trofi Penyanyi Wanita Popular selepas da berbelas2 tawon di pegang Datuk Siti. Fashion Yuna semalam sekali pandang macam biarawati pun ade. huhu.. oppss.. adakah Yuna akan dapat mempertahankan trofi yang dimenanginya?? Kita tunggu tawon depan.. Skali lagi, tahniah buat Shablabla Sam atas pengiktirafan Bintang Paling Popular. 

                                                     (gambar diambil dari bharian.com.my)

Berakhirnya ABPBH smlm, aku ingat dah tutup la hari Ahad aku. Sekali aku silap. Budak mascom yang aku tolong siang tadi, mesej. Dia ada voucher bercuti (Pulau Pemanggil or PD) yang dia nak bagi kat aku sbb tlg dia siang tadi. Lebihan dari hadiah2 yang tak abes masa Event Youth Media Carnival tu.. Wah,rezeki aku lagi hari ni. hahaha. so Ahad smlm, perjalanan hari yang biasa, tapi ada injection of somethings yang make it a bit different from any other Sunday's.Thanks Allah.


pssst.: aku memang saje nak tulis panjang2..kasi korg meluat nak baca..haha..pasni posting aku takde da nak cerita pasal hari2 aku.. tp akan lebih fokus pada satu2 isu sekeliling aku, depan mata aku, yang rasa aku nak komen lebih detail..






Friday 1 April 2011

My 1st entry on my own blog...

1 April 2011. Tergerak plak aku nk buat blog. All this while, aku memang selalu intai-intai blog orang. Seronok bile bace blog orang tapi tak terlintas lansung nk buat blog sendiri. But today, aku tiba-tiba terasa why not kalau aku buat blog aku pulak and share my thought with others yang sudi nak baca pulak apa yang aku share. Dalam blog aku ni, takde menjurus pada mana-mana ideologi secara tetap. Apa yang akan aku share dalam blog aku adalah tentang apa yang aku suka, apa yang aku minat, apa yang aku ikut, apa yang aku lakukan, dan ianya akan berubah-ubah mengikut citarasa aku time tu. Apa juga yang aku utarakan dalam blog aku adalah mengikut pandangan dan pendapat aku sendiri. Kalau pun pendapat tu kontra dengan pendapat org lain, ade aku kesah?? Of course not. But aku akan sentiasa hormat pandangan dan pendapat orang lain since tiada pendapat yang betul mahupun salah. Setiap orang ada hak nak utarakan pendapat masing-masing. So, starting from today, i will be as discipline as i can to update it, my own way. Sekian.