Friday 4 July 2014

Nando's Yang Awesome dan Berani Mati.


Nando's kembali dengan iklan panas berani mati. Biasanya Nando's memang cepat dalam mengambil peluang dalam menyambar dan memanipulasi isu-isu semasa dalam marketing strategy dorang. Mungkin untuk rasa lebih dekat to customer and feels local kot.

Sebelum ni kalau ingat lagi, ade Listen Listen Listen, fuel, property naik, janji diperi-peri, ada pasal ayam, etc. Bawah ni boleh tengok creativity team Nando's Malaysia dalam manipulate isu-isu semasa. Salute to the team. Cepat pulak tu dorang boleh dapat approval. Mesti dorang ada budget khas kan untuk bayar saman, yelah mana lah tau in case ada puak2 tak puas hati dengan ads macam ni.










As customer, actually aku suke benda2 macam ni. Setiap kali ada isu-isu, aku mesti tunggu apa ads Nando's nak keluarkan. To Nando's, keep up and continue being as creative as you guys can. Yes, because you guys good at punchlines. I know. =p


For latest up-date about Nando's and their promotion, visit their Facebook page Nandos Malaysia or twitter @NandosMY 
Dorang boleh kata active dekat social media jugak. Sekian.
 


P/s: Oiiii..rindu nak makan Nando's oiii. Lame tak makan. Save budget nak raya. Kbye.

Thursday 3 July 2014

KAD RAYA - PUPUS DI TELAN INTERNET

Gambar disedut secara rawak dari Internet.

Entry kali ni bukan untuk membuat karangan autobiografi Aku Sekeping Kad Raya yang dicetak dengan material yang berlil-lap bagai, siap dengan alunan muzik Selamat Hari Raya Saloma dengan menggunakan bateri bulat yang biasa digunakan untuk jam tangan dan dijual di outlet Memori Lane dengan harga yang premium dan di beli oleh seorang budak perempuan untuk dipos kepada boyfriend yang dia jumpa hari-hari kat sekolah serta ditambah dengan 'pantun pecah kaca pecah gelas' lalu digantung di ruang tamu untuk tatapan tetamu di Hari Raya sebab bila Gf datang beraya and tak nampak kad raya berlagu yang dia bagi tu, Mohon Clash serta merta akan berkuatkuasa time tu jugak. Bukan bukan bukan. Itu adalah cliche dan poyo. 

Apa yang nak dikongsi disini adalah berkenaan rasa sedih, sayu dan pilu aku bila salah satu budaya dalam menambah kemeriahan sambutan Hari Raya telah pun pupus di telan internet. Actually takde la pupus sangat. Aku saje mengkiah propa kau. Yang hantar kad-kad raya pun sekarang macam company, organisasi, habib jewel, Adun2, pusat zakat dan yg seumpananya sahaja. (Ye, pusat zakat ada bagi kad raya kalau korg ada buat potongan zakat tiap2 bulan kt pusat tu. Dan kad raya dorg makin tahun makin cantik kauuu. Yelah, duit da makin banyak. Kena la tunjuk mana duit tu pegi kan.) 

Boleh korang ingat, bila kali terakhir korang hantar dan terima kad raya dari member2 atau sepupu sepapat korang? Tahun ni? Tahun lepas? atau time korang belum period lagi? ehh..Apa perasaan korang time tu bile posmen datang depan rumah, hantar surat, tengok2 ada nama korg, dan ia adalah kad raya dari member2? Mesti korang happy melonjak terkembang-kembang hidung dan segala macam kan time tu? 

Aku ingat lagi masa muda2 dulu (ehh..still muda lagi la sekarang hawau), kad raya paling banyak aku dapat was 60++.Haaaa..jangan main2. 60++ tau. Kau ade. Humak aiiii. Bangga gila time tu. Rasa macam retis raya aku tahun tu. Yang bagi muzik, aku balas muzik. Kad akan dibalas berdasarkan harga yang tertera dibelakang hujung bawah kad. Ye, perangai aku memang kedekut gile chim peng time tu. Berkira uols.

Lepas tu, time malam raya, zasss....cari port paling sesuai untuk gantung kad raya. Korang ada buat lagi tak? Mesti korang da tak kuasakan. Pernah, aku cari ranting kayu, cat cantik2, siap lampu lip lap, letak dalam pasu, gantung kad raya kat situ. Time tu sebab feeling, aku letak luar rumah. Bagi 1 kampung tahu kad raya aku banyak. Zaman tu aku tak tau makna riak lagi. Kau rasa?

Budak2 sekarang mana ada merasa benda tu. Dorang pon mungkin ingat nak hantar kad raya tu macam poyo je kan. Nak beli stem satu hal. Makcik2 kat pejabat pos pulak muke ketat semacam macam kena tinggal laki (Sorry, jangan feeling lebih. Ni aku cakap makcik2 yang keje pejabat pos kat Afrika), baik upload kt FB je lepas tu tag ramai2. Lepas tu tott tett tott tett notification korg masuk malam raya tu. Tapi tulah, tag banyak mane pon kt FB, RT banyak mana pon kat Twitter, feeling dia tak sama macam kau dapat kad raya real dari tangan posmen yang hantar kat rumah kau tau. 

Sumpah, sekarang ni, kalau ada member2 aku pos kad raya kat aku, sumpah, memang berjurai airmata aku bukak kad tu. Memang aku peluk cium kad tu walau pun kad tu harga dia lagi murah dari kuih buah melaka tapi takde gula melaka dalam kuih tu yang di beli dari salah sebuah bazaar ramadhan dekat KL. 

Haa..panjang bebel tak guna. Aku puasa. So, aku dengan ini, dengan berat duit, nak lah kembalikan kemeriahan Hari Raya korang dengan meng'offer', sape2 nak dapat kad raya, nak feeling baca pantun 'pecah kaca pecah gelas' secara live dalam kad raya, sila bagi alamat korang. Aku akan cuba sebaik mungkin untuk pos kad raya tu and make sure korang dapat sebelum raya. Aku cuba. Katanyeehhhhhh.

Sekian, ok bye.

Hari ni takde p/s sebab takde orang aku nak sindir. apoooooo.


 

 

Wednesday 2 July 2014

TMJ kahwin Oktober ni. Betul ke?



Khabarnya pagi ni, di negeri paling selatan di Segenting Kera ini akan berlangsung mesyuarat berkenaan Santapan sempena Istiadat Perkahwinan DiRaja. Perkahwinan Tunku Mahkota. Betul ke??

Kalau benarlah perkhabaran tersebut mean Tunku Mahkota akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Oktober ni. Setinggi-tinggi syukur dan Alhamdulilah. Perkhabaran gembira buat semua rakyat Johor. Apa pun jika benar perkhabaran ni, Tahniah buat Tunku Mahkota. Diharap perkahwinan ni class macam wedding Prince William and Kate. Sebagai rakyat Johor, patik akan rasa sangat berbangga..gitooo..

P/s: Siapa Cik Khaleeda Bustaman dari Gombak tu??..huhuhu..

SELANGOR UMUM BONUS SEBULAN GAJI SEMPENA AIDILFITRI


Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengumumkan pemberian Sebulan Bonus kepada kakitangan kerajaan negeri bersempena dengan Aidilfitri dan bonus tahunan. 

Seperti tahun lepas, Selangor mendahului negeri-negeri lain dalam pengumuman pemberian bonus Aidilfitri.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dilaporkan berkata :
 "Exco negeri bersetuju beri bonus sebulan gaji ikut tempoh perkhidmatan bertarikh 31 Jun ini, sejumlah RM32.7 juta diperuntukkan bagi tujuan pemberian bonus ini.
"Keputusan ini dibuat kerana laporan kewangan negeri menunjukkan pertumbuhan kutipan hasil meningkat dari tahun 2013 sehingga 30 Jun 2014," 

Komen aku:
Untunglah kakitangan Selangor, dah boleh berkira-kira lah untuk sambutan Aidilfitri kali ni. Sekarang kita nantikan pengumuman dari Kerajaan Pusat dan Kerajaan negeri-negeri yang lain. Adakah mereka akan mendapat sebulan gaji atau separuh bulan gaji atau hanya bantuan Hari Raya RM500.

Apa-apa pun, kerajaan tetaplah akan membantu kakitangan mereka dalam meringankan beban untuk menyambut Hari segala Raya ni kan. Sebagai seorang bekas kakitangan yang pernah bekerja dengan kerajaan, sikit ke banyak ke aku tetap excited bila dapat duit bonus raya dulu. Cuma biasalah, manusia mane penah puas. Hehehe. 

Selamat menunggu pengumuman bonus. UNTUNGLAH SELANGORRRR..... Kbye.

Update:

Kerajaan Persekutuan Umum Bantuan Hari Raya RM500 kepada semua kakitangan dan RM250 kepada pesara. 


P/s: Yang dapat Rm500 tu jangan nak jeles2 makan hati kedaung bagai dengan Selangor. Kbye.

Sumber: Sinar Harian.

Tuesday 1 July 2014

BERHADAPAN TINDAKAN SAMAN SEKIRANYA MEMBERI DERMA???

Print screen rom 'The Rakyat Post'

Pagi ni dikejutkan dengan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar dia korg boleh google), those who give alms to beggars can be penalised when the law berkaitan Kegiatan Mengemis diperketat. 

Menurut sumber dari BERNAMA, Tengku Adnan said that “We will introduce a rule where we might issue a summons to those giving alms and haul up the beggars as most of them are foreigners." Dia cakap ape? FOREIGNERS kan. Okayy.

But jumlah saman masih belum diumumkan and will be determine later.

Quote from The Rakyat Post :
  " In a Bernama report yesterday, Federal Territories minister Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor said the ministry will impose fines and other penalties on the givers of alms and beggars in several focal areas to reduce the begging culture that tarnishes the image of the federal capital."


My Comment :

Secara umumnya, we all tidak bersetuju dengan perlaksaan atau niat Menteri ini untuk memperketatkan undang-undang berkaitan mengemis ni. My money, my wish la kan. Terpulang la pada we all to who want to give our money, bila kita rasa seseorang tu memerlukan.

It is not about jaga imej KL or what everrrrr (sebut dengan pekat R dia). Yes, kalau boleh kita memang nak negara kita ni bebas pengemis. Bila pelancong datang, they can dengan terkesimanya melihat kemakmuran hidup rakyat negara ini dan tak jumpa seorang pun pengemis. But, can we actually do that? Helloooo...ayooo...

We need to look back, find to the core, why they are all become beggars. Adakah mereka malas sangat nak bekerja atau this is the very last resort for them untuk mencari sesuap nasi or they desperately need money for something (sebab kesihatan ke, sekolah ke, rumah kena lelong ke, or OKU yang memang tak mampu untuk buat keje lain, etc).

Salah siapa if masih ramai rakyat yang mengemis di bandar-bandar besar ni? Salah siapa kalau pengemis tu ramai bangsa asing? Macam mana bangsa asing tu boleh masuk mengemis kat negara ni? How and why there are here? How? Sila jawab sendiri. 

From my point of view, kalau negara ni da sampai tahap kemakmuran ekonomi dia da mampu untuk di kongsi bersama semua rakyat, (sampai kalau tabur duit depan rumah pun orang tak heran..ehh) pendapatan perkapita rakyat sangat munasabah dan amat mustahil untuk jumpa orang miskin, barulah kita buat and perketat this law.

Di kesempatan ini (kau rasa ayat ni), I also want to ask about our Zakat money. Duit zakat yang every year naik berperatus-peratus bagai tu, mana pergi? Adakah duit itu untuk buat kad raya cantik-cantik? Contohlaa ni. Contoh je.... Kalau zakat itu diagih-agihkan kepada mereka yang memerlukan ni, rasa nya sedikit sebanyak, mampu mengurangkan jugak jumlah pengemis kt bandar-bandar besar ni. I see most of the beggars are genuinely poor and some with disability. Salurkan duit-duit zakat tu pada golongan-golongan macam ni.

Kerajaan kena lihat kembali, kaji, dari kalangan masyarakat kita ni, kenapa mereka mengemis. How desperate they are sampai diorang kena mengemis. Selami masalah diorang. Kalau sindiket, cari siapa yang menjadi dalang. Da settlekan semua ni, barulah kita boleh tahu boleh ke tidak we decrease kegiatan mengemis ni dan boleh ke tidak we implement this law. By punishing both (pemberi and pengemis) will not resolve this issue. Harap Menteri terbabit akan lebih paham, mengerti dan pandai...ehh...


P/s: If I la one of your voter, mesti la aku sangat malu. Kbye.







Monday 30 June 2014

HALF PRICE PROMO

Special for this fasting month and with the spirit of Ramadhan, J.Co Malaysia have come out with a promo that they never did before. The 1st ever promo for their assorted donuts. When we calculate back the price, you only pay RM21++ for 1 dozen price instead of RM25. Make it the cheapest in town compared to their competitors. With the quality and best ingredient donuts, now with the promo price, J.CO really make donut as a must have food for Buka Puasa. Jom Lepak JCO. 












Also would like to share this J.Coccino Dates frappe. Ayoo..The cappuccino and dates, when it mix together, seriously give some sensational taste from your mouth to your stomach. I've tried it I seriously like it. Never ever had cappucino with kurma before. This seriously awesome. 

So, tunggu apa lagi. Jom Lepak J.CO.



Fruit Pudding with Vanilla Ice-cream









Hahaha. I have no intention to teach you on how to make a pudding here. Just wanna share with you guys that this is my 1st dessert that I make for this Ramadhan. Simple and delicious kata kau. Actually, I can share it because it is super simple.

All you need to buy:

- Agar-agar 1 packet
- Mix fruit (1 can)
- Any fresh fruit that you like to add is up to you.
- 2 spoon of sugar.
- Ice-cream (vanilla flavor).



Cara-cara:

1. Panaskan 1 liter of water with that agar-agar (half packet je guna) sampai la mendidih. 
2. Masukkan mixed fruit dalam agar2 yg da mendidih tadi. Stir it for just a short time.
3. Tutup api then tunggu sekejap bagi hilang didih tu. Than boleh masukkan fresh fruit.
4. After that, you can terus tuang dalam acuan ikut suka nak bentuk macam mana. 
5. Bagi sejuk then keep it inside your fridge. 
6. Masa nak makan tu nanti boleh la keluarkan from acuan, then you put ice-cream on top. I choose vanilla because it is best to eat with this pudding and fruits. Trust me.

Hah, kan da kata. Super easy right. So, selamat mencuba. Lepas ni nak buat trifle pulak.=p

Now, tengok bile dia melting. Tergoda bhai.. Slurppp..



 



Sunday 29 June 2014

Fave Hotel (Puri Indah, Jakarta)

Last week, my ntah berapa kali trip to Jakarta. Yes, i am traveling to Jakarta for every month (for work purposes).

We used to stay at Hotel Mega Anggrek before this but during my last visit my company have to booked another hotel because Mega Anggrek is fully booked that time.

Since this Fave Hotel is just recently open, so i take this opportunity to do some review for this hotel lah. Mana la tau kot ade yang tengah pikir2 nak cari hotel bajet kat Jakarta, boleh lah try this hotel.








Okay, inilah dia Fave Hotel dari luar. Yes, the building is not that big since this is a budget hotel. 
Rate hotel ni bermula dari 408,000 rupiah (bilik untuk 2 orang). Amek kau, beratus-ribu nak bayar. Tak pengsan kau. Haha. Bila da convert ade la dalam RM110 sahaja semalam. (ini tukaran yg aku dapat lah sebab rupiah jatuh time ni). Actually rate ni berubah mengikut ramai tak ramai org menginap kat sini. Kalau ramai and bilik almost full, rate dia boleh jadi RM120.






Ini dia lobby for Fave Hotel. Cantik tak? Cantik. Yelah, hotel baru, dengan lighting bagai, kaler pulak purple2 putih, kontemporari sangat. Time ni aku rase hotel ni cantik dan nampak selesa. Bersih pulak tu kawasan sekeliling. Customer service dia peramah, cuma front staff time ni tak tahu cakap omputih. Ade part jugak yang kitorg mcm ayam itik (cth.) sebab staff dia tercengang bila aku mintak bilik. It's actually Kamar. Dorg cakap kt Jakarta kalau bilik is like a small space for simpan barang.Ya pak. Kamar pon kamar la pak.




















This is the room. Not so big, but selesa jugak. Nak solat pon ade la space untuk bentang sejadah kan. Gitooo.... Bilik dia bersih, tandas pon bersih. Berus gigi, ubat gigi, sabun mandi 3 in 1 (Shampoo, conditioner and shower gel) semua di sediakan. Pintu tandas ni pulak cuma boleh tutup rapat je. 
Bilik ni is actually sesuai la untuk honeymoon ke, group gegurl2 yg melancong ke Jakarta ke or Family yg ramai anak pompuan ke. Sebab bilik2 dia soooooo PINK. 1st impression masuk bilik ni, rase macam nak pitam sebab PINK sangat. (yes, not my fav color). Beside, came here for business purposes, dengan my office mate, lelaki, and this was the bed yg kitorg dapat. Kau tak rasa nak pitam ke? Nak share katil dengan manusia bersize beruang. Tapak tangan dia lagi besar dari bear pow. Kau rase aku bangun besok aku ade kat mana? Try la call reception nak mintak tukar bilik. Sekali dia kata bilik penuuhhhh... Nightmare gile. Tapi disebabkan da terlalu penat, aku tak heran lah nak letak berapa orang pon sekatil. Bila baring, humang aiiiii..tilam dia punya sedap..bab ni memang cannot deny. Tilam dia memang bes..I had a very very good night sleep..











Berikut are the photos for Fave Hotel punya cafe. Kat sini la jugak tempat untuk bersarapan. Pagi tu dengan harapan menggunung tinggi, nak makan macam naga. Biasalah, kalau hotel ni kan sarapan ada macam2. Fave Hotel ni sarapan memang macam2, tapi macam takde. Sedih kak bila turun-turun tengok, tinggal nasi goreng (adalah few lauk-pauk), roti bakar, salad2 dan bubur nasi. Tekak da teringinkan nak makan sosej sambal dia tu sebab ada tray yang hidang sosej tu. Tapi da kosong, so, tunggu la dengan harapan dorang topup balik...tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu, sampai kesudah dia tak topup. Kecik hati kite. Macam tu jugak dengan fresh milk. Cereal ada, tapi fresh milk takde. Aku rase hotel ni ingat cereal utk makan macam pop corn kot. Krup krap krup krap tak payah susu. Kau rasa? Sentapp hokeyy.
Tapi porridge dia okay. Cume bila tekak tak dapat makan apa yang mata da nampak, dia jadi kempunan ler. Hehe.

Kat tingkat 3 hotel ni pulak ade outdoor park. Untuk lepak2 borak2 manja dikala tak tau nak buat ape. Pemandangan dia so so je lah.

Lepas tu kami check out, semua urusan selesai. So far, hotel ni tak banyak hal, easy and not so slow time check in and check out. Bersih dan sweet sbb pinkish gile.

For overall, i can give this hotel 3 star la. Tak mahal dan selesa.

FYI, last year, they won this award.





For more inquiries or booking,you can go to this website. http://www.favehotels.com/home/eng > Kalau tak nak, korg booking pakai Agoda or Booking.com. Untung2 dapat promo rate. Sekian.

Alfio Raldo's Eyewear Collection and Watches and Bags & Shoes Spring Summer 2014 Collection

Chloe Chen, Miss World Malaysia 2011; Patrick Goi, Group of Marketing Manager of Ixora Corporation Sdn Bhd; Jordon Ling, Managing Director of Ixora Corporation Sdn Bhd; Edmund Loh, General Manager of Contrast Eyewear Sdn Bhd; Wilson Loh, Managing Director of Tai Sang Time Concept Sdn Bhd; Siti Saleha, Actress; Amber Chia, Model.

Bertempat di antara pencakar langit Kuala Lumpur, Roof Top Bar GTower, pada 11 Jun lepas, telah berlangsungnya pelancaran Alfio Raldo Eyewear Collection & Watches bersama dengan Bags & Shoes Spring Summer 2014 Collection. 

FYI, koleksi Jam tangan dan Cermin Mata ini adalah merupakan ilham pereka terkenal Andy Yap and William Liew. Rekaan yang unik, simple, elegen dan bergaya pada si pemakai ini mampu menjadikan Alfio Raldo bergerak kehadapan dalam menjadi salah satu jenama fesyen yang terulung di Malaysia.






Berikut adalah Koleksi Musim Bunga dan Panas 2014 Alfio Raldo yang dilancarkan pada petang itu. Koleksi yang 'chick' dan berani ini mampu memberi nafas segar kepada si pemakai. Dari pandangan peribadi saya, saya memang gemarkan seluar dengan 'printed flowers' yang digayakan oleh model lelaki. Feels so elegant and berketerampilan. 














Finally, i would like to give a hug and double thumbs up for our lovely, gorgeous and beautiful world supermodel, Amber Chia, for being so sporting that evening. Your warm and friendly words to me is very inspiring. Hope we can meet again for coffee. 







So, that's all about the warm and wonderful evening. Million thanks to Patrick Goi for inviting me to this Alfio Raldo Eyewear Collection & Watches and Bags & Shoes Spring Summer 2014 Collection Grand Launch. Hope to see you soon. 

For more info about Alfio Raldo and it's gorgeous products (eyewear, watches, bagsm shoes and many more) please visit http://www.alfioraldo.com.my/  or Alfio Raldo FB page Alfio Raldo - The Italian Elegance