Sunday 3 May 2015

Pakej Seoul - Jom Pergi Seoul

Entry kali ni nak share with korang 1 pakej murah Seoul yang sesuai dengan bajet pokej masing2.
Pakej termasuk transport (public transport), makan lunch dan dinner, penginapan dan tiket2 masuk ke palace, tama tema dan macam2 lagi. Siap ade free wifi sepanjang korang duduk kat sane. So boleh la up-date gambar percutian korang dimana sahaja korang berada.

Pakej ni sesuai untuk mereka yang kaki jalan, kaki explore and want to experience local lifestyle sebab naik public transport. Kalau nak naik bas persiaran lepas tu ikut bendera ke sana ke sini, pakej ni tak buat lah. Dia lebih kepada pengajak pelanggan dia merasai the real korean life yang ke sana ke sini ke hulur ke hilir naik public transport. Baru korang akan rasa betapa hebatnya public transport diorg. Easy and reliable. 

So untuk pertanyaan lanjut atau pertanyaan berkenaan tarikh, boleh whatsapp ke:

Diana - 019-7589212
Afad - 012-7313391

Atau follow twitter : @shestaticpulse

Mereka sedia mambantu anda. Mereka pakar dengan selok belok Seoul. huhu. 

Anda juga boleh untuk memilih itinerary atau menambah lokasi yang anda inginkan. Just penambahan lokasi nanti akan ada penambahan kos la kan. Kalau tak nak pergi Lotte World and tukar dengan Everland pun boleh. Semua boleh bincang. Senang tak?

Jom realisasikan impian anda untuk ke Seoul. Ramai orang da pergi, anda bila lagi?




Monday 30 March 2015

Hatiku Tertinggal di The Lab Singapura. #kemaintajuk


Short trip ke Singapura pada 28 March 2015 lepas agak meninggalkan 1 kenangan manis syok sendiri. Hahaha. Alang-alang da balik JB, aku aah kan terus ajakan member aku untuk teman dia masuk Singapore. 

Menemani seorang sahabat mencari barangan untuk persiapan perkahwinan adik dia, pemergian tanpa dirancang ini telah menemukan aku dengan sebuah cafe tempatan yang agak unik dan sangat mengujakan. Apooo ntah ayat. 

Sepanjang pengamatan, cafe ini seperti dimiliki oleh orang melayu Singapura dan hanya kelihatan anak2 melayu je yang bekerja kat cafe ni. Memang taste ye tengok. Ade yg hip hop style, ade yang jamboo style, ade hijabster, ade biasa2 je, ada mcm2 lah pendek kata. Yela kan, kau biasa tengok cina2 je kat singapore sana, bila ternampak cafe mcm ni aku jadi jakun tau. 


Interior dia atas sikit dari simple dan aku suka dengan apa yang dorg letak dalam kedai ni. Terus snap gambar sementara menunggu ICED Chocolate aku kan. 

 




Kedai dia kecil jek, sebijik mcm negara Singapura yang sekangkang kera tu, tapi jiwa dia besar. Makanan-makanan yang aku tengok dia hantar ke meja2 pelanggan sangat melelehkan air liur. 
Di sebabkan niat asal nak take away je, so tak kuasa lah nak order burger dia bagai. Lagi pun naik kereta orang kan, kau nak makan dalam kereta orang ke kejap lagi kan. Memang mengundang maki. 

Tu kalau kau nampak, picagari dalam bikar. Dalam picagari tu ade espresso kot. Aku yakin kt KL ade cafe guna menda alah mcm ni, Cuba keterujaan tu tak sama sbb dia takdeeeeeeee....hehehe... *blushing

Inilah dia Iced chocolate aku. 1st time aku minum ICED Chocolate mcm ni. Chocolate dia melekat kt dinding cawan lepas tu nak kena godak keruk-keruk coklat kt dinding tu or end up ko cuma minum susu je lah. huhuhu.

Sepertinya memang aku janji nak datang balik kt Cafe ni. Sumpah nak repeat balik. Kali ni nak makan pulak. Aku tengok dorg tatang burger tu hantar kat customer, perghhh. Bergetar anak mata aku. Serius, tengok makanan2 yang dorg hantar tu mmg tersentap2 sanubari anak tekak kau. 

So, siapa-siapa yang nak lepak2 Singapore dan teringin nak pergi cafe The Lab ni, boleh pergi ke Arab Street. Cari Jalan Pisang. Dekat2 je dengan Masjid Sultan tu. Kot la tengah lepak tu, kau dengar azan, boleh solat terus. ehh. 

Ni dia punya FB. The Lab SG



Ini dia harga air yang aku minum tu. S$5.50 dolar. (convert MYR rate sekarang dalam RM14.85). Mahal tak mahal? Aku salahkan Najib. Eh. Bye.