Friday 4 July 2014

Nando's Yang Awesome dan Berani Mati.


Nando's kembali dengan iklan panas berani mati. Biasanya Nando's memang cepat dalam mengambil peluang dalam menyambar dan memanipulasi isu-isu semasa dalam marketing strategy dorang. Mungkin untuk rasa lebih dekat to customer and feels local kot.

Sebelum ni kalau ingat lagi, ade Listen Listen Listen, fuel, property naik, janji diperi-peri, ada pasal ayam, etc. Bawah ni boleh tengok creativity team Nando's Malaysia dalam manipulate isu-isu semasa. Salute to the team. Cepat pulak tu dorang boleh dapat approval. Mesti dorang ada budget khas kan untuk bayar saman, yelah mana lah tau in case ada puak2 tak puas hati dengan ads macam ni.










As customer, actually aku suke benda2 macam ni. Setiap kali ada isu-isu, aku mesti tunggu apa ads Nando's nak keluarkan. To Nando's, keep up and continue being as creative as you guys can. Yes, because you guys good at punchlines. I know. =p


For latest up-date about Nando's and their promotion, visit their Facebook page Nandos Malaysia or twitter @NandosMY 
Dorang boleh kata active dekat social media jugak. Sekian.
 


P/s: Oiiii..rindu nak makan Nando's oiii. Lame tak makan. Save budget nak raya. Kbye.

Thursday 3 July 2014

KAD RAYA - PUPUS DI TELAN INTERNET

Gambar disedut secara rawak dari Internet.

Entry kali ni bukan untuk membuat karangan autobiografi Aku Sekeping Kad Raya yang dicetak dengan material yang berlil-lap bagai, siap dengan alunan muzik Selamat Hari Raya Saloma dengan menggunakan bateri bulat yang biasa digunakan untuk jam tangan dan dijual di outlet Memori Lane dengan harga yang premium dan di beli oleh seorang budak perempuan untuk dipos kepada boyfriend yang dia jumpa hari-hari kat sekolah serta ditambah dengan 'pantun pecah kaca pecah gelas' lalu digantung di ruang tamu untuk tatapan tetamu di Hari Raya sebab bila Gf datang beraya and tak nampak kad raya berlagu yang dia bagi tu, Mohon Clash serta merta akan berkuatkuasa time tu jugak. Bukan bukan bukan. Itu adalah cliche dan poyo. 

Apa yang nak dikongsi disini adalah berkenaan rasa sedih, sayu dan pilu aku bila salah satu budaya dalam menambah kemeriahan sambutan Hari Raya telah pun pupus di telan internet. Actually takde la pupus sangat. Aku saje mengkiah propa kau. Yang hantar kad-kad raya pun sekarang macam company, organisasi, habib jewel, Adun2, pusat zakat dan yg seumpananya sahaja. (Ye, pusat zakat ada bagi kad raya kalau korg ada buat potongan zakat tiap2 bulan kt pusat tu. Dan kad raya dorg makin tahun makin cantik kauuu. Yelah, duit da makin banyak. Kena la tunjuk mana duit tu pegi kan.) 

Boleh korang ingat, bila kali terakhir korang hantar dan terima kad raya dari member2 atau sepupu sepapat korang? Tahun ni? Tahun lepas? atau time korang belum period lagi? ehh..Apa perasaan korang time tu bile posmen datang depan rumah, hantar surat, tengok2 ada nama korg, dan ia adalah kad raya dari member2? Mesti korang happy melonjak terkembang-kembang hidung dan segala macam kan time tu? 

Aku ingat lagi masa muda2 dulu (ehh..still muda lagi la sekarang hawau), kad raya paling banyak aku dapat was 60++.Haaaa..jangan main2. 60++ tau. Kau ade. Humak aiiii. Bangga gila time tu. Rasa macam retis raya aku tahun tu. Yang bagi muzik, aku balas muzik. Kad akan dibalas berdasarkan harga yang tertera dibelakang hujung bawah kad. Ye, perangai aku memang kedekut gile chim peng time tu. Berkira uols.

Lepas tu, time malam raya, zasss....cari port paling sesuai untuk gantung kad raya. Korang ada buat lagi tak? Mesti korang da tak kuasakan. Pernah, aku cari ranting kayu, cat cantik2, siap lampu lip lap, letak dalam pasu, gantung kad raya kat situ. Time tu sebab feeling, aku letak luar rumah. Bagi 1 kampung tahu kad raya aku banyak. Zaman tu aku tak tau makna riak lagi. Kau rasa?

Budak2 sekarang mana ada merasa benda tu. Dorang pon mungkin ingat nak hantar kad raya tu macam poyo je kan. Nak beli stem satu hal. Makcik2 kat pejabat pos pulak muke ketat semacam macam kena tinggal laki (Sorry, jangan feeling lebih. Ni aku cakap makcik2 yang keje pejabat pos kat Afrika), baik upload kt FB je lepas tu tag ramai2. Lepas tu tott tett tott tett notification korg masuk malam raya tu. Tapi tulah, tag banyak mane pon kt FB, RT banyak mana pon kat Twitter, feeling dia tak sama macam kau dapat kad raya real dari tangan posmen yang hantar kat rumah kau tau. 

Sumpah, sekarang ni, kalau ada member2 aku pos kad raya kat aku, sumpah, memang berjurai airmata aku bukak kad tu. Memang aku peluk cium kad tu walau pun kad tu harga dia lagi murah dari kuih buah melaka tapi takde gula melaka dalam kuih tu yang di beli dari salah sebuah bazaar ramadhan dekat KL. 

Haa..panjang bebel tak guna. Aku puasa. So, aku dengan ini, dengan berat duit, nak lah kembalikan kemeriahan Hari Raya korang dengan meng'offer', sape2 nak dapat kad raya, nak feeling baca pantun 'pecah kaca pecah gelas' secara live dalam kad raya, sila bagi alamat korang. Aku akan cuba sebaik mungkin untuk pos kad raya tu and make sure korang dapat sebelum raya. Aku cuba. Katanyeehhhhhh.

Sekian, ok bye.

Hari ni takde p/s sebab takde orang aku nak sindir. apoooooo.


 

 

Wednesday 2 July 2014

TMJ kahwin Oktober ni. Betul ke?



Khabarnya pagi ni, di negeri paling selatan di Segenting Kera ini akan berlangsung mesyuarat berkenaan Santapan sempena Istiadat Perkahwinan DiRaja. Perkahwinan Tunku Mahkota. Betul ke??

Kalau benarlah perkhabaran tersebut mean Tunku Mahkota akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Oktober ni. Setinggi-tinggi syukur dan Alhamdulilah. Perkhabaran gembira buat semua rakyat Johor. Apa pun jika benar perkhabaran ni, Tahniah buat Tunku Mahkota. Diharap perkahwinan ni class macam wedding Prince William and Kate. Sebagai rakyat Johor, patik akan rasa sangat berbangga..gitooo..

P/s: Siapa Cik Khaleeda Bustaman dari Gombak tu??..huhuhu..

SELANGOR UMUM BONUS SEBULAN GAJI SEMPENA AIDILFITRI


Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengumumkan pemberian Sebulan Bonus kepada kakitangan kerajaan negeri bersempena dengan Aidilfitri dan bonus tahunan. 

Seperti tahun lepas, Selangor mendahului negeri-negeri lain dalam pengumuman pemberian bonus Aidilfitri.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dilaporkan berkata :
 "Exco negeri bersetuju beri bonus sebulan gaji ikut tempoh perkhidmatan bertarikh 31 Jun ini, sejumlah RM32.7 juta diperuntukkan bagi tujuan pemberian bonus ini.
"Keputusan ini dibuat kerana laporan kewangan negeri menunjukkan pertumbuhan kutipan hasil meningkat dari tahun 2013 sehingga 30 Jun 2014," 

Komen aku:
Untunglah kakitangan Selangor, dah boleh berkira-kira lah untuk sambutan Aidilfitri kali ni. Sekarang kita nantikan pengumuman dari Kerajaan Pusat dan Kerajaan negeri-negeri yang lain. Adakah mereka akan mendapat sebulan gaji atau separuh bulan gaji atau hanya bantuan Hari Raya RM500.

Apa-apa pun, kerajaan tetaplah akan membantu kakitangan mereka dalam meringankan beban untuk menyambut Hari segala Raya ni kan. Sebagai seorang bekas kakitangan yang pernah bekerja dengan kerajaan, sikit ke banyak ke aku tetap excited bila dapat duit bonus raya dulu. Cuma biasalah, manusia mane penah puas. Hehehe. 

Selamat menunggu pengumuman bonus. UNTUNGLAH SELANGORRRR..... Kbye.

Update:

Kerajaan Persekutuan Umum Bantuan Hari Raya RM500 kepada semua kakitangan dan RM250 kepada pesara. 


P/s: Yang dapat Rm500 tu jangan nak jeles2 makan hati kedaung bagai dengan Selangor. Kbye.

Sumber: Sinar Harian.

Tuesday 1 July 2014

BERHADAPAN TINDAKAN SAMAN SEKIRANYA MEMBERI DERMA???

Print screen rom 'The Rakyat Post'

Pagi ni dikejutkan dengan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar dia korg boleh google), those who give alms to beggars can be penalised when the law berkaitan Kegiatan Mengemis diperketat. 

Menurut sumber dari BERNAMA, Tengku Adnan said that “We will introduce a rule where we might issue a summons to those giving alms and haul up the beggars as most of them are foreigners." Dia cakap ape? FOREIGNERS kan. Okayy.

But jumlah saman masih belum diumumkan and will be determine later.

Quote from The Rakyat Post :
  " In a Bernama report yesterday, Federal Territories minister Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor said the ministry will impose fines and other penalties on the givers of alms and beggars in several focal areas to reduce the begging culture that tarnishes the image of the federal capital."


My Comment :

Secara umumnya, we all tidak bersetuju dengan perlaksaan atau niat Menteri ini untuk memperketatkan undang-undang berkaitan mengemis ni. My money, my wish la kan. Terpulang la pada we all to who want to give our money, bila kita rasa seseorang tu memerlukan.

It is not about jaga imej KL or what everrrrr (sebut dengan pekat R dia). Yes, kalau boleh kita memang nak negara kita ni bebas pengemis. Bila pelancong datang, they can dengan terkesimanya melihat kemakmuran hidup rakyat negara ini dan tak jumpa seorang pun pengemis. But, can we actually do that? Helloooo...ayooo...

We need to look back, find to the core, why they are all become beggars. Adakah mereka malas sangat nak bekerja atau this is the very last resort for them untuk mencari sesuap nasi or they desperately need money for something (sebab kesihatan ke, sekolah ke, rumah kena lelong ke, or OKU yang memang tak mampu untuk buat keje lain, etc).

Salah siapa if masih ramai rakyat yang mengemis di bandar-bandar besar ni? Salah siapa kalau pengemis tu ramai bangsa asing? Macam mana bangsa asing tu boleh masuk mengemis kat negara ni? How and why there are here? How? Sila jawab sendiri. 

From my point of view, kalau negara ni da sampai tahap kemakmuran ekonomi dia da mampu untuk di kongsi bersama semua rakyat, (sampai kalau tabur duit depan rumah pun orang tak heran..ehh) pendapatan perkapita rakyat sangat munasabah dan amat mustahil untuk jumpa orang miskin, barulah kita buat and perketat this law.

Di kesempatan ini (kau rasa ayat ni), I also want to ask about our Zakat money. Duit zakat yang every year naik berperatus-peratus bagai tu, mana pergi? Adakah duit itu untuk buat kad raya cantik-cantik? Contohlaa ni. Contoh je.... Kalau zakat itu diagih-agihkan kepada mereka yang memerlukan ni, rasa nya sedikit sebanyak, mampu mengurangkan jugak jumlah pengemis kt bandar-bandar besar ni. I see most of the beggars are genuinely poor and some with disability. Salurkan duit-duit zakat tu pada golongan-golongan macam ni.

Kerajaan kena lihat kembali, kaji, dari kalangan masyarakat kita ni, kenapa mereka mengemis. How desperate they are sampai diorang kena mengemis. Selami masalah diorang. Kalau sindiket, cari siapa yang menjadi dalang. Da settlekan semua ni, barulah kita boleh tahu boleh ke tidak we decrease kegiatan mengemis ni dan boleh ke tidak we implement this law. By punishing both (pemberi and pengemis) will not resolve this issue. Harap Menteri terbabit akan lebih paham, mengerti dan pandai...ehh...


P/s: If I la one of your voter, mesti la aku sangat malu. Kbye.